OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Update Kerja Terkini

Jurubahasa N41 Gaji dan Tugas

Deskripsi Tugas:              

Sebagai Setiausaha Bersama kepada Jawatankuasa Majlis Rasmi Kerajaan bagi istiadat Pembukaan Parlimen, membuat terjemahan serentak semasa mesyuarat Dewan Negara dan Dewan Rakyat, menyunting soalan-soalan Dewan Negara, memberi taklimat serta menjalankan tugas-tugas berkenaan Persatuan Parlimen Komanwel (C.P.A), Persatuan Antara Parlimen-parlimen (I.P.U) dan Pertubuhan Antara Parlimen Asean (A.I.P.O).

 

 

Jadual Gaji:       

GAJI MINIMUM                               GAJI MAKSIMUM            KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN

RM1,910.02                                     RM6,799.30                     RM225.00

               

Syarat Lantikan:               

Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM1,910.02 ] atau

 

Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;[ Gaji Permulaan : RM2,114.43 ] atau berkebolehan bertutur, membaca dan menulis serta menterjemah secara serentak dari Bahasa Malaysia ke Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris atau Bahasa Perancis atau bahasa-bahasa lain yang berkaitan dan sebaliknya; dan kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Online